SK Sungai Nipah, Bagan Datoh Perak telah wujud sejak tahun 1893. Ia terletak 4.8 km dari pekan Bagan Datoh, dalam daerah Hilir Perak.Bermula dari 10.12.1893 hingga 31.08.1957, sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Sungai Nipah. Dari 01.01.1957 hingga 02.09.1959, ia diberi nama Sekolah Umum Sungai Nipah. Pada 03.09.1959 Kementerian Pelajaran telah menukar nama sekolah ini kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Nipah.Bermula 10.12.1893, sekolah ini diasaskan oleh orang kampung di rumah rehat berhampiran Sungai Bagan Datoh. Dato’ Hj Abas bin Mohamad, penghulu Bagan Datoh ketika itu merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap perbelanjaan sekolah ini. Seramai 27 orang murid lelaki belajar di sekolah ini.Pada 07.02.1900, sekolah ini telah mendapat bantuan penuh kerajaan. Kerajaan telah membina sebuah bangunan baru di Kampung Sungai Nipah (PWD 18) dan dinamakan Sekolah Melayu Sungai Nipah yang mempunyai 47 orang murid lelaki. Keluasan bangunannya ialah 15.24 meter (50 kaki) panjang dan 6.09 meter (20 kaki) lebar. Guru Besar pada masa itu ialah Encik Itam.Pada 18.02.1913, bangunan sekolah (PWD 17) telah dibina khas bagi menempatkan 60 orang murid lelaki. Sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Lelaki Sungai Nipah dan Guru Besarnya ialah Encik Zainal Abidin.Bangunan sekolah (PWD 18) yang dibina pada 07.02.1900 telah dijadikan sekolah Melayu khas untuk murid perempuan. Seramai 25 orang murid telah belajar di sekolah ini.Bangunan Sekolah Melayu Lelaki Sungai Nipah (PWD 17) mempunyai keluasan tapak seluas 19.812 meter (65 kaki) panjang X 7.62 meter (25 kaki) lebar dan luas kawasan sekolah ialah 3A 0R 16P di Lot No 1672 dan Lot No 1673 yang luasnya 1A 3R 06P. Bangunan sekolah perempuan (PWD 18) di Lot No 1850 dan Lot No 202 yang luasnya 0A 3R 10P.Terdapat tiga buah rumah guru iaitu rumah Guru Besar (PWD No. 13B), rumah guru penolong (PWD No. 53) dan rumah guru (PWD No. 18A). Sebuah padang yang mempunyai keluasan 105.156 meter (115 ela) panjang dan 54.864 meter (60 ela) lebar disediakan di kawasan sekolah ini. Ketika ini disediakan tujuh buah tandas angkat. Pada 18.11.1951 sebuah bangunan sekolah cawangan dibina untuk menampung jumlah murid lelaki yang bertambah ramai. Pada 10.08.1952 sekolah ini (PWD 17) menjadi sekolah bercampur (lelaki dan perempuan) yang berjumlah 105 orang. Bangunan sekolah cawangan yang dibina pada 18.11.1951 telah runtuh pada 29.11.1955 dan digantikan bangunan sekolah cawangan yang dibina oleh RIDA. Sekolah ini telah dibuka pada 01.01.1956 dan menempatkan 67 orang murid. Keluasan bangunan ini ialah 15.24 meter panjang dan 6.096 meter lebar.Pada 19.12.1960, bangunan sekolah baru telah dibina oleh kerajaan. Bangunan sekolah (PWD 17) dan bangunan sekolah cawangan yang dibina oleh RIDA sahaja yang digunakan manakala bangunan lain dirobohkan. Pada 17.12.1962, bangunan PWD 17 dan dua buah rumah guru terpaksa dipindahkan 3 rantai ke belakang kerana pembinaan jalan raya Bagan Datoh ke Rungkup. Bangunan sekolah ini digunakan semula pada 13.01.1963. Pada 27.01.1965, sebuah bangunan telah siap dibina yang terdiri daripada 5 buah bilik darjah dan sebuah bilik Guru Besar. Bangunan ini mula digunakan pada 25.07.1965, dengan bilangan murid seramai 320 orang. Perasmian sekolah ini telah dilakukan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, En Mohd Khir Johari pada 04.04.1966. Pada 16.08.1983, sekolah ini telah digredkan ke Gred B. Pada awal Oktober 1984, pembinaan projek sekolah kilat dilaksanakan dan digunakan mulai 01.01.1985 yang mengandungi 4 buah bilik darjah bagi menampung bilangan kelas yang tidak mencukupi. Bagi meningkatkan pencapaian peperiksaan Penilaian Darjah 5, PIBG dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Badan Amal Kebajikan Isteri-isteri Perak (BAIDURI) telah mengadakan projek mini asrama. Pada tahun 1991, bangunan baru tiga tingkat dan sebuah kantin telah dibina dan siap awal 1992. Pada 06.01.1992, kelas Pra-sekolah telah memulakan pengajaran dan pembelajaran. Pada tahun  2001, melalui sistem payung oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperuntukkan RM350 ribu bagi membaikpulih dan menaiktaraf bangunan sekolah, cat dan pendawaian elektrik Kini terdapat sebuah bangunan 3 tingkat, 2 bangunan setingkat, makmal komputer dan sebuah kantin. Makmal komputer fasa 2 telah siap dibina pada tahun 2003 dengan dibekalkan sebanyak 12 buah komputer.  


 

Guru Besar yang bertugas di SK Sungai Nipah dari tahun 1958 hingga 2006:

 1.                   En Abdullah bin Abu Samah

1958 hingga 31.01.1961 – pemangku Guru Besar

01.02.1961 hingga 15.08.1983 bertukar ke SK Bagan Datoh

 2.         En Mohd Ghazali bin Abdul Razak

            16.08.1983 hingga 15.12.1985

 3.         En Ismail bin Shafie

16.12.1985 hingga 05.09.1988 (bersara)

 4.                   En Ahmad bin Hj Salleh

16.09.1988 hingga 01.11.1991 (meninggal dunia)

 5.         Pn Salmah binti Abdul Rahman (pemangku Guru Besar)

            02.11.1991 hingga 07.04.1992

 6.         En Ahmad Dalail bin Mohd Rakim

      08.04.1992 hingga 15.08.1955 bertukar ke SK Gugusan Lekir, Setiawan

7.                  En Mahmud bin Hassan

16.08.1995 hingga 15.11.2001 bertukar ke SK Bagan Datoh

8.                  En Saari bin Dorani

16.11.2001 hingga 02.09.2002 bertukar ke SK Sungai Betul

9.                  En Ghazali bin Suratman

28.10.2002 hingga 15.06.2003 bertukar ke SK Sungai Tunku, Teluk Intan

10.              Hj Mohd Asmawi bin Yusof

16.06.2003 hingga 15.07.2005 bertukar ke SK Tanah Lalang, Bagan Datoh

11.              Hjh Jabariah binti Dinin

Mulai 16.08.2005 hingga sekarang

 
Make a Free Website with Yola.